Pages

Friday, April 19, 2013

Rumah Penjawat Awam PPA1M

Assalam.....semalam ada pelancaran rumah penjawat awan PPA1M...so sapa2 yang masih belum beli rumah lagi tu boleh pertimbangkan lah nak beli. walaupun kategori rumah apartment je, tapi rasa macam berbaloi-baloi jugak kalau ambik sebab dekat je dengan tempat kerja. ai nak jugak pohon mana lah tahu rezeki kan...

sebanyak 3 jenis rumah yg ditawarkan iaitu bersaiz 1000sqft, 1200sqft dan 1500 sqft yang berharga antara RM 150k- RM300k. kalau sesiapa yang dah dok kuarters sekarang, untuk makluman rumah yang gred G adalah bersaiz 9++sqft, gred F pula lebih kurang 1200sqft... kalau nak rumah yang lebih luas dari kuarters sekarang, mungkin buleh cuba apply rumah yg saiz 1500sqft tu...

en.Shahrir dah pon dapat beli rumah prima iaitu rumah yg bersaiz 8++sqft dengan harga RM 120k. tapi lepas tu, ada ofismate ai yg dpt tawaran rumah prima setelah ada orang cabut undi yg terpilih terpaksa tolak atas sebab2 tertentu...surat yg dia dpt tu dah di attach pulak dengan perincian bayaran lain yg perlu dibayar setiap bulan iaitu kos untuk maintenance mengikut saiz rumah (kalau rumah saiz 8++sqft tu kena bayar lebih kurang RM 200) manakala untuk parking berbumbung RM 100, tidak berbumbung RM 80. Dengan itu, sekiranya bayaran ansuran bulanan RM 600 (menggunakan loan perumahan kerjaan selama 30tahun), maka ditambah pula dengan RM 300 parking + maintenace jumlah komitment bayaran untuk rumah adalah RM 900! (yang ni untuk kos rumah prima tau)...Kalau rumah saiz besar mungkin lagi banyak kos maintainance yang kena tanggung...maksunyad kalau monthly ambil loan maksimum RM280k (ikut kelayakan) kena bayar monthly sekitar RM1600-1700 dan kena sediakan kos maintainance sekitar RM 500....huhu

So, sebelum membeli dan memilih rumah idaman, eloklah kita congak kemampuan kita untuk membayarnye ye...


2 comments:

  1. wallawey, mahal nya monthly maintenance fee rumah prima tu yerk.. Takde la jimat mana pun kalu dah campur mentenen fee tuh

    ReplyDelete
  2. betul...masa husband apply dulu xde pulak dimaklumkan pasal maintenance fee tu, bila second batch punya surat baru ada..huhuhu rumah apartment kecik pon dah kena bayar RM900+/- sebulan..huhuhu

    ReplyDelete