Pages

Tuesday, April 16, 2013

Edisi Lepas Rindu : Cuti-Cuti Sabah 3 Hari 2 Malam




Assalamualaikummmmm.....huhu rindu betul dekat blog yang dah lama xjenguk ni...nak jugak bukak dan tulis sesuatu setiap hari tapi masa tak mengizinkan, tuntutan kerja dan masa untuk keluarga lebih memerlukan perhatian...tapi insyaAllah instagram akan selalu update (nuralham). Dikesempatan masa yang ai curi ini nak share sikit berkenaan dengan cuti-cuti bajet ai ke Sabah atas permintaan seorang teman.

Tiket Air Asia sebenarnya dah lama ai booking, boleh dikatakan hampir setahun masa promo tahun 2012 dulu. Harga tiket untuk 3 orang pergi dan balik hanya RM300.00, ok la kan....Sebulan sebelum pergi pon ai masih xconfirm nak pergi ke tak sbb takut ada komitmen kat tempat kerja. Lepas berdiskus sikit ngan en.Shahrir kami setuju pergi. Masa nak check in online (2 weeks before) baru ai ambil servis lain check in luggange 15 kg/RM25 (pergi dan balik RM 50) dan makan (masa pergi 1 dish dan balik 2 dishes)-ambik sbb takut terlior tengok orang makan nanti...hahahaha total kena tambah RM 86.

12 April 2013
Filght pukul 12.45, disebabkan nak parking kat Bandar Salak Tinggi pukul 10.30 baru keluar dari rumah di Putrajaya. Kat Salak tinggi amik tiket bas ke LCCT RM11 (RM5.50/seorang).

Setelah berperang ngan Maryam dalam flight hampir 2 jam setengah, kami tiba di KKIA hampir pukul 4 petang. Kemudian ambil teksi kat airport ke Warisan Square (Imperial Boutec Hotel) dengan bayaran RM 30. Kenapa kami pilih Imperial Boutec Hotel???? Sebab lokasi hotel ni berdekatan dengan pusat-pusat pelancongan sekitar KK seperti Pasar Filipin, Pasar Kraftangan, Pasar Ikan Masin, Pasar Malam...Semua jalan kaki je..xpayah nak sewa kereta (dah jimat kos hahaha ::dasarkedeks::) Kat bawah, kiri, kanan, belakang hotel ada tempat shopping, kalau xsilap namanya Gaya Centre Shopping Market..Xde masalah kalau nak cari makan kalau xselera dengan makanan tempatan, KFC, McDonalds, PizzaHut, sushi King dll semua ada...tapi bagi yang agak cerewet ai xcadangkan dok kat hotel ni ok...WIFI pon ada sekitar lobi je, kat bilik xdapat WIFI. Kalau nak yang ok sikit, mungkin ai boleh cadangkan ambil Klagan Hotel (sebelah Imperial Boutec jerrrr) Kat IBH ni jugak xde freezer, so sapa-sapa yang nak bawak balik fresh seafood dari KK dinasihatkan check in Klagan Hotel jer la....satu malam kami dah habis tawaf semua tempat yang telah dinyatakan di atas.....huhuhu

13 April 2013
Pukul 8.00 pagi kami dah ambil teksi kat bawah hotel ke Jessellton Jetty dengan bayaran RM 12 (kalu jalan kaki dalam 2KM je) untuk Island Hopping ke Manukan Island & Sapi Island. Ada lagi satu island kami xpergi iaitu Mamutik Island (xtau kenapa xpilih pulau ni). Pakej untuk satu pulau RM 23, Pakej dua pulau RM 35. Kami ambik pakej 2 pulau, sewa jaket untuk mandi (RM10/seorang), google (RM 10) dan tikar (RM5). Seelok-eloknya sewa lah semua benda yang nak guna tu dari jetty sbb kalau sewa kat pulau lagi mahaiii... kos untuk island hopping ke 2 pulau ni adalah RM 105.00 (InsyaAllah berbaloi-baloi dan akan ralat kalau tak pergi tau!!!!) Bertolak dalam pukul 8.45pagi ke Pulau Manukan dan berada kat sana sehingga 12.00tghari kemudian ke pulau sapi dan balik ke Jetty pukul 2pm....dalam masa tu tanpa dirancang kami putuskan nak ambik kereta sewa memandangkan rasa sempat je nak ke Kundasang dan ke kaki Gunung Kinabalu. Kami sewa kereta viva auto sewa dengan wan (no tel 011-12662026) dengan kadar RM 100/sehari (kalau ambik 2-3 hari mungkin boleh dapat RM90/hari). Sementara tunggu wan hantar kereta pukul 3.30ptg, kami jalan2 kat Suria Shopping Centre KK. Lepas isi minyak, pergi beli souvenir kat pasar Filipin...kena pandai tawar menawar, InsyaAllah dapat beli mutiara yg cantik dengan harga sama kat pasar malam.

Pulau Manukan, ayah ngan Yam mandi bawah jambatan

Pulau Sapi

14 April 2013
Kami bertolak lebih kurang pukul 8.00pagi, dari bandar KK ambil jalan menghala ke Tuaran, lepas tu bila nampak je signboard menghala ke Ranau...Tamparuli...terus jeke Kundasang...Sepanjang perjalanan boleh dikatakan setiap 2Km mesti ada gereja..menandakan Sabah ni ramai penganut Kristian....disebabkan xplan pon nak ke Kundasang, kami tersesat sampai ke pekan Ranau...alang-alang teruslah lajak ke Poring Hot Spring, best jugak!! Memandangkan masa terhad, bagi Maryam dan ayah mandi dalam masa sejam je...dalam kawasan ni jugak ada Butterfly farm dan canopy walkway...masing-masing tiket RM3/seorang masuk setiap tempat. Lepas tu kami bergegas ke Desa Cattle Farm (kalau dari Ranau selepas gerai buah2an, roundabout ambil ke kanan macam turun bukit sikit). Sejam kemudian kami ke Kinabalu Park, pergi ke kaki Gunung Kinabalu...Dalam pukul 2.45 kami bertolak balik ke KK....OTW balik tu sempat lagi kami singgah kat rumah terbalik (tiket masuk RM10/orang). Kami sampai ke airport pukul 5.30ptg, ambil masa sikit adjust best supaya xlebih kilo.dalam pukul 6.00 check in bag, makan dan balik flight 7.25mlm....sampai rumah pukul 11 lebih terus pingsan, penatnakmampus tapi puas hatiiiiiiiiiiii...yea!!!!

Batu Penyambut!!!

mula-mula berani, lepas tu takut..huhuhu


2 comments:

  1. signboard kt kundasang tu hazab kan.. aku aritu pn terlajak sikit dah baru perasan signboard desa cattle farm tuh..

    ReplyDelete
  2. hehehe sebab tu aku terlajak terus g poring hot spring, berenti tanya orang baru dapat direction ke sana...huhuhu

    ReplyDelete