Pages

Tuesday, May 31, 2011

Solat Hajat...

Alhamdulillah...Alhamdulillah....

Lega sungguh rasanya..mana tidaknya, bulan ni rasa agak sibuk sikit berbanding bulan yang lain...buat penerbitan suku tahun, mengajar kursus 2 kali, menghadiri taklimat di K.Terengganu, balik Kelantan....hari ni pulak ada Knowledge Sharing untuk bakal-bakal penanggung kerja nanti..slide pon pagi ni baru buat..betul-betul syukur selepas semua selesai...

Malam Jumaat lepas saya, en.Shahrir, Mummy As dan Afifah balik ke Kelantan..Niat dihati nak jumpa ma & abah serta adik beradik (Huda ngan Poksu Ropi) setelah sekian lama xbersua..memang dah terjangka awal, jalan jam disebabkan cuti sekolah...dikesempatan jarang-jarang balik, mak saya mencadangkan buat solat hajat terus untuk saya dan baby...

Hidangan (ayam percik putih, ulam-ulaman, kerabu bacang, tembikai, dalca, kerabu mangga dan xlupa budu+ durian)

Antara jemaah yang hadir...

:: seronok betul balik kali ni, muka Huda berseri-seri...maklumlah, hati sedang berbunga-bunga..

No comments:

Post a Comment