Pages

Friday, May 27, 2011

La Tahzan...

Salam...

Rajin pulak nak update blog ye..hehehe mungkin kali ni nak kongsi saat-saat sebelum mem'preggy'kan si kecik ni..ada beberapa kisah suka duka, mungkin saya boleh patrikan sebagai kenangan untuk diri sendiri supaya lebih tabah dan bersyukur dengan setiap apa yang dikurniakan...

Saya bertunang semasa masih dalam KPLI iaitu 1 Jun 2008 setelah berkenalan hampir 6 tahun dengan en.Shahrir (Dec 2001)..Seterusnya berkahwin setahun kemudian (6 Jun 2009)..Masa tu saya dah quit KPLI dan bekerja ditempat sekarang..

Setelah setahun berkahwin (6 Jun 2010), masih belum ada berita gembira walaupun confident saya ngan en.Shahrir xde apa-apa masalah kesuburan..kemudian, barulah saya memcuba urutan tradisional...walaupun dan 4kali diurut, masih belum ada tanda-tanda saya mengandung (masa ni sedih betul sbb ramai kawan-kawan yang kawin lagi lambat dapat rezki dulu)..

Nak dijadikan cerita, bulan 9 saya tergelincir beberapa anak tangga di rumah..disebabkan kesibukan kerja, saya tahan sakit selama seminggu sebelum check di Klinik Kesihatan..Rupa-rupanya coccyx bone (tulang belakang yang paling hujung-terletak dihujung pinggul) retak...sakit tuhan saja yang tahu...(dapatlah MC 3 hari untuk berehat). Masa ni dah terdetik dalam hati, adakah tragedi ni bakal menjadi penyebab saya lambat dapat zuriat???? ~tersangat sedih......tapi Alhamdulillah, xlama kemudian saya dah xsakit..

Bulan 12, saya sekali lagi saya jatuh tangga..kali ni kat opis pulak..hampir 10 anak tangga saya menggelongsor selepas punggung terhentak..(mungkin sbb cara saya berjalan~terlalu laju menyebabkan senang terpeleot)..masa tu memang saya menangis sbb takut sangat...

Akhir bulan yang sama saya mula mengamalkan minum air rebusan buah zuriat selepas tamat saja period..tiap-tiap hari saya minum segelas tanpa jemu... sebelum minum saya membaca doa nabi Zakaria dan berselawat sebanyak 3 kali dan berniat untuk dapat anak semasa minum..dalam hati saya bertawakkal dengan setiap ketentuan Allah swt....Alhamdulillah, awal Februari tahun ini saya disahkan hamil dan bakal jadi mama pada 5 Oktober nanti...InsyaAllah...

Buah Zuriat~saya rebus sebiji macam tu je tanpa belah (sumber: google)



Doa Nabi Zakaria: "Ya Tuhanku, berikan aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa" (sumber: google)

Kesimpulan dari apa yang saya cuba sampaikan, jangan suka buat andaian sendiri dengan setiap ujian/kejadian yang berlaku..jangan jemu berusaha dan InsyaAllah...tuhan akan kurniakan ganjaran yang paling manis yang x kita jangka..(^_^)

No comments:

Post a Comment