Pages

Thursday, May 26, 2011

5bulan (21 minggu)


hmmm...lama betul saya menyepi yek..bukannya apa, memang xde mood nak menulis ~memang xpandai menulis pon........(^_-) tapi memandangkan setiap penulisan kat blog ni bakal jadi kenangan dan rujukan dikemudian hari...saya gagahi jugak..hehehe

Al-kisahnya berlaku minggu lepas semasa check up kali ke-3, pagi-pagi lagi mintak en.Shahrir hantar ke KK (Klinik Kesihatan) sbb malas nak menapak kalau datang sendiri. Appointment saya yang sebenar pukul 9, pukul 8 dah siap ambik nombor tunggu giliran..lepas check urine, (kali ni xcheck HB, sbb mesin rosak) terus tunggu giliran masuk bilik 28..dalam pukul 9.30 gitu baru sampai giliran saya...mama & baby dua-dua ok..masa jumpa jururawat tu, dia just bgtau jumpa doktor untuk buat appointment untuk scan (membe plak cakap scan hanya dibuat pada hari Jumaat) so, saya xcall lah en.Shahrir..tunggu punya tunggu dalam 10.45am baru dapat jumpa doktor, terus doktor buat scan (ralat betul sbb xpanggil en.Shahrir, xdapat dia nengok anaknya 5 bulan dalam kandungan..huhuhu) yang merunsingkan saya, uri masih di bawah, bertambah gerun bila doktor cakap "sekarang uri masih kat bawah, tapi InsyaAllah boleh naik ke atas...kita scan lagi skali bila 7 bulan, kalau uri masih kat bawah..masa tu baru kita pikir apa yang kita perlu buat ye..."

Dalam pukul 11.15am semua dah settle, en.Shahrir datang ambik dan saya terus masuk opis..bila bagitau kat dia doktor dah scan, frust betoi dia..huhuhu xpe lah yang, next month kita g buat scan 3D/4D plak yek...

Sebenarnya saya betoi-betoi penat, memang xlarat tahap cipan..mana tidaknya..saya baru balik dari Terengganu selepas berkursus 3 hari 2 malam di sana..balik-balik je, pagi2 esok tu dah kena ngajar kursus..ikutkan hati nak EL, kepala sakit sangat macam nak meletup..hari ni pulak ada mesyuarat, esok malam nak balik ke Kelantan....sabar je lah....

No comments:

Post a Comment