Pages

Monday, November 29, 2010

Singgang Daging & Daging Goreng Kunyit

Raya Aidiladha baru-baru ni xdapat balik kampung memandangkan xdapat cuti...sob..sobb..tp Alhamdulillah, walaupon raya di sini kami tetap dapat daging korban dari keluarga Acu Kota Warisan. .Menu yang saya masak sudah tentulah menu yang dimasak oleh orang2 Kelantan iaitu Singgang Daging dan Daging Goreng Kunyit..selain tu, daging korban juga dimasak sup dan dibakar dan dicecah dengan sambah kicap...sedapnya!!!


Resepi Daging Singgang
  • 1/4kg daging
  • 1cm lengkuas-hiris panjang2
  • 1cm halia-hiris panjang
  • 2biji bawang merah-dimayang
  • 2biji bawang putih-dimayang
  • 2 asam keping
  • 1sudu teh ketumbar biji
  • garam dan sedikit perasa
cara2: rebus semua bahan sehingga daging empuk, dan sedia dihidangkan.


Daging Goreng Kunyit
  • 1/4 kg daging
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit halia kisar
  • garam secukup rasa
  • bawang holland-dihiris bulat
  • cili merah dan cili hijau
cara2: Gaulkan daging bersama serbuk kunyit, halia kisar dan garam. Goreng tanpa minyak sehingga air kering, kemudian masuk sedikit minyak masak. goreng sebentar sehingga daging empuk, masukkan pula bawang dan cili.

2 comments:

  1. brp ketul daging mung bubuh dlm dgng singgang tuh...hahaha

    ReplyDelete
  2. Tkde halia dgn lgkuas ni cm mne ??? --'

    ReplyDelete