Pages

Friday, August 20, 2010

Roti John

Hmmm....Bulan-bulan posa ni macam2 lah menu makanan terbang kat pikiran nih....asal ngantok sikit, pikir makanan...huh, mcmana nak kurus nih!!! Antara menu yang dok terbang tu, roti john (*_*) Kalau kat Pasar Ramadhan Presint 2, ada satu gerai roti john yang boleh dikatakan memang femes setiap kali Ramadhan...mana tidaknya, satu2 masa xkan kurang 15orang yang akan beratur tunggu juadah tuh..Kalau masa bulan xposa, cik2 abang roti john ni berniaga kat Taman Warisan..Ada skali tu, cuba2 skodeng juga apa secret recipe diorang nih, rupa2nya rahsianya terletak pada marjerin yang diorang gunakan. (Suka hati jer pecahkan rahsia orang~hehehehe). Oleh kerana malas nak beratur panjang, kami buat saja kat rumah, ikut resepi k'zarmin (my cousin)...huhuhuhu


Bahan2
2 roti hotdog gardenia
2 biji telur (gred B)
1/2 sudu serbuk kari
sedikit serbuk lada hitam
50gm daging cincang
1/2 bawang besar (dipotong dadu)
sedikit garam
timun (disagat)
sos cili
mayonis
*marjerin (cap bunga mas)~pecah rahsia orang (^_^!)

Cara2
Pukul telur, masukkan serbuk kari, bawang besar dan daging cincang. Masukkan sedikit garam. Kemudian panaskan ceper, masukkan marjerin, masukkan aduna telu dan ratakan. Kemudian telangkupkan roti atas telur tadi. Senang je kan!!!!!

No comments:

Post a Comment