Pages

Saturday, August 21, 2010

Onde-onde aka buah melaka

Terlanjur ke PICC (cuci mata, ada jualan Metrojaya kat situ!!!), saya terus membodek en. Shahrir ajak pusing-pusing ke B.B Bangi (Sebenarnya mau ke Yummies Bakery hehehehe) Kemudian, kami singgah ke Pasar Ramadhan Bangi (belakang PKNS), jam baru menunjukkan 4.30pm tapi suasana di situ boleh dikatakan dah meriah dengan peniaga yang menjual pelbagai juadah & pengunjung2….en. Shahrir teringin nak makan nasi lemak ayam berempah, saya pulak nasi beriani bersama ayam beriani. Sebagai pelengkap menu berbuka, saya beli air tebu dan kuih karipap 3 rasa hehehehe. Balik saja dari rumah, terus saya bancuh adunan untuk buat kuih onde-onde, memang niat di hati nak hantar sedikit juadah untuk jiran2 terdekat.


Bahan2
250gm tepung beras pulut
10 helai daun pandan
400ml air
sedikit kapur makan (Secubit je tau)
gula melaka (dipotong kiub kecil2)
Kelapa Parut (ambil yang putih sahaja)
Garam

Cara2
1. Mesin daun pandan bersama air kemudian tapis ambil jusnya sahaja dan dicampur kapur makan secubit.
2. Kemudian diadun dengan tepung pulut dan jadikan doh.
3. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan gula melaka. Kemudian bulatkan. masukkan ke dalam air yang tengah mendidih. Onde2 yang telah masak akan timbul dipermukaan air mendidih.
4. Angkat dan golekkan dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikt garam. siapppppp!!!!




Dapat Cucur Udang selepas menghantar onde-onde dari Ita jiran sebelah, kata en. Shahrir 'berbalas pantun la pulak'...mekasihhhhhh


Karipap 3 rasa- satu karipap sardin, satu karipap daging dan satu karipap ayam hehehe!!


en. Shahrir dan juadah berbukanya

No comments:

Post a Comment