Pages

Monday, August 23, 2010

Laksa Sarawak

Jumaat (Ramadhan-9), giliran berbuka puasa di rumah saya pula seperti yang dijanjikan dengan en. Faizal & isterinya (Suhaina). Oleh kerana baru menerima Pes Laksa Sarawak kiriman kawan dari Sarawak, maka menu yang dihidangkan Laska Sarawak, Ayam masak Merah & Dalca Simpleserta papadom. Tepat saja 5.30pm, saya memecut pulang ke rumah untuk siapkan juadah-juadah yg telah dirancang. Nasib baiklah tengahari tadi dah keluarkan lauk pauk dari peti ais, sampai rumah terus masaklah…

En. Faizal & Sue tiba 7.10pm, membawa juadah lemang & rendang dan kaya ball.

Apa yang dikomen oleh en. Faizal, rasa laksa Sarawak ada sedikit perasaan seperti bau makjun (^_^), lain dari yang lain tapi boleh tahan…..Sue pulak, seakan2 paksa diri untuk makan, untuk sedapkan hatinya saya bgtau xpayah habiskan (mungkin dia xtahan dengan bau makjun tu (^_^!) en. Shahrir pulak yang dulunya cakap xsuka laksa Sarawak (tp xpernah makan pon) menjadi orang pertama melicinkan pinggannya hehehehe, apa2 pon saya menggemarinya kerana rasanya yang sungguh unik!!!!

Selesai menunaikan solat Magrib, baru kami makan nasikkkk..huhuhu


Laksa Sarawak ni, sedap dihidangkan dengan taugeh, isi ayam yang dicarik2, daun pudina, telur dadar (dipotong bulat2), udang serta sambal belacan(xde ponnnnn)…

No comments:

Post a Comment