Pages

Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Friday, October 15, 2010

Menu express di tengahari Jumaat

Menu segera-siakap bakar

Rahsia masak dengan cepat

makan sambil menonton fav. sitcom....

Wah...hebat betul (puji diri sendiri) xsampai sejam dah boleh menikmati hidangan ikan bakar dan tomyan seafood...hehehehe tanpa bantuan pakcik Adabi, saya xkan sepantas ini...hehehehe

Monday, August 23, 2010

Ikan Percik Putih



Bahan2
4 ekor ikan kembung (disapu dengan bwg putih, halia & sedikit garam-dibakar)

Kuah Percik
300ml santan pekat
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1inc halia (ditumbuk)
1 s/k tepung jagung (dibancuh dengan 2 sudu air)
Garam dan gula secukup rasa

Cara2
Masak santan pekat dengan bahan2 yg telah ditumbuk sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sekejap, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat. Selepas masak, siramkan pada ikan yang telah dibakar. Ready to serve!!!

Monday, August 16, 2010

Ikan Aye Masak Sambal

Alhamdulillah....hari ni genaplah kita umat Islam sedunia berpuasa selama seminggu....maksudnya lagi 3minggu kita akan beraya!!!! Walaupon sibuk dengan tugasan pejabat, saya sedaya upaya balik on time untuk masak...bukannya apa, malas nak ke Pasar Ramadhan di Presint 2(pengunjung yang terlalu ramai dan menunya tidak memenuhi citarasa). walaupon simple2 aja menu di rumah, tp terasa berbaloi bila semuanya licin...(^_^). Ini adalah menu 6 Ramadhan (16 Ogos) di rumah kami...


Sotong Celup Tepung.....Yummy!!!


Ikan Aye Masak Sambal

Bahan2
3 ekor ikan aye (saiz kecil)-dilumur halia, bwg putih dan garam & digoreng
4 ulas bawang merah -dikisar
2 ulas bawang putih -dikisar
2 sudu cili boh -dikisar
1 inc halia-diracik
1 batang serai -dihiris serong nipis2
sedikit air asam jawa
2 t/s gula
1/2 ts garam
lada hijau dan merah untuk hiasan

cara2
1. Tumis bahan2 kisar sehingga garing.
2. Masukkan halia dan serai yang diracik-masak sebentar
3. Masukkan air asam jawa, garam & gula.
4. Masukkan ikan yang telah digoreng.

Sedia untuk dimakan.............



Taugeh Goreng