Pages

Wednesday, September 26, 2012

Oh My Maryam!!!

Alahai anak...cepat betul membesar..
Cepat betul masa berlalu kann..

Pejam celik..pejam celik...
10 hari lagi Maryam nak menginjak 1 tahun..
Dan ai bangga sbb masih menyusu walaupon campur-jugak ngan FM...

Terasa-rasa dan xpernah lupa waktu mengandungkan Maryam..
Sedih pada awal kawin sbb lambat pregnant..
Sepanjang pregnant, mabuk berbulan-bulan...
Xboleh nak bau dan makan..
Minum air masak pon muntah hijau..
Alahai...sesekali teringat serik nak pregnant lagi..

Maryam dilahirkan hari Jumaat, 7 Oktober 2011 jam 11.59 pagi..
Dilahirkan melalui pembedahan sbb ai punya BP melambung-lambung pada minggu ke 40..
Agaknya sebab ai tensi dok memikir kenapa xbersalin-salin lagi nih..

Terbayang-bayang rasa xselesa kena pakai tiub kencing sebelum kena operate,
Dok ulang alik ke tolet sebab rasa macam nak terkencing je,
Sebenarnya tak pon..stress sampai kencing ai keluar darah uuu...

Bagi nama Maryam sbb nak dia meneladani ibu Nabi Isa a.s..
Berwatak wanita mulia contoh kepada semua umat.. 


Maryam Dhia Safiya...
Pandai menerap masa 3 bulan..
5 bulan dan pandai duduk..
6 bulan merangkak..
7 bulan berdiri, pandai merajuk-rajuk...
11 bulan berjalan...

Maryam penyeri hidup ai..
Nak marah..ingat Maryam..
Nak merajuk..ingat Maryam..
Happy...ingat Maryam..
sedih..ingat Maryam..
Maryam adalah penawar segala rasa..
Syukur Ya Allah, Kau kurniakan Maryam kepada ku..


No comments:

Post a Comment