Pages

Friday, September 28, 2012

Mau Jadi Super UMMI

Ewah..tinggi cita-cita ai kan..
Tapi ai akan cuba gapai selagi khudrat ada..

Untuk my Maryam dan adik-adiknya...

Ummi mau jadi...

Guru yang paling bijaksana...
Anak nak rujuk/bertanya pasal semua perkara InsyaAllah ai akan ada jawapan...xkira la dari segi duniawi dan akhirat...
*Sekarang cuba buat rujukan ilmiah, tonton ceramah, kongsi ilmu ngan kawan-kawan dsb..

Chef paling handal...
Nak masak apa saja yang anak suka..sampai anak request nak makan apa pon ai boleh sediakan... macam mak ai sekarang..ngeh..ngeh...(ayam percik mak ai memang terbaik!!!)
 *Sekarang saya cuba minimakan makan kat kedai, bukan sedap ponnn...sesekali boleh la..kan sedih kalau anak xsuka air tangan mak....betul x??

Teman yang paling setia...
Boleh jadi tempat anak nak mengadu, kongsi masalah, rujukan...mau jadi pendengar dan penyokong setia..Menegur anak dengan cara berhemah dll...
*Sekarang mahu pupuk diri jangan pentingkan diri sendiri dan jangan sesekali busy body, cuba letak diri ditempat anak2 kalau ada masalah, bagi ruang kat anak untuk diri sendiri..





No comments:

Post a Comment