Pages

Wednesday, June 15, 2011

6 months~4th check up

Huh...semakin hari semakin malas, apa cer nih..huhuhu

Pagi ni adalah check-up untuk kali yang ke-4, appointment sepatutnya pukul 9 pagi, tapi 7.40 pagi dah siap amik nombor dan tunggu dipanggil. Macam biasa, check urine & HB baru jumpa misi..Memandangkan HB semakin low, appointment sekali sebulan dipendekkan kepada 2minggu..Nasib la badan, sapa suruh xmakan makanan berkhasiat!!!

Disebabkan siap awal, saya menghadiri ceramah berkenaan penyusuan bayi secara esklusif. Banyak info yang saya dapat melalui ceramah yang berlansung sejam. Antara yang boleh dikongsi (benda-benda yang xpernah dengar)

1) Penyebab bayi tersedak susu di rumah pengasuh/nursery~bayi xbiasa menggunakan botol susu(biasa nenen direct dari ibu) seeloknya latih bayi menyusu menggunakan botol seawal usianya 4 minggu..

2) Jangan bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah minum air kosong, kerana kolostrum yang di bekalkan oleh ibu (biasanya susu 3 hari pertama) berfungsi sebagai antibodi (pelindung kepada usus bayi-boleh mencegah dari pelbagai penyakit)

3) Minta pertolongan kawan/suami urut sepanjang belakang untuk menggalakkan penghasilan susu.

Yang lain-lain pasal ceramah ni, perkara biasa yang kita dengan dan boleh google sendiri...

No comments:

Post a Comment