Pages

Monday, November 8, 2010

Nasi Arab oh Nasi Arab...


Ahad, saya memang xplan ke mana2…dalam kepala cuma tbayang2 nak kemas rumah dan iron baju skolah budak2 ni…dalam pada tu, saya berkesempatan mencuba resepi Nasi Arab, resepinya plak saya ambil dari blog resepiraidah…suka betoi tgk semua budak bertambah-tambah makan..

Nasi Kabsa Ayam

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang

3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 minit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut

1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering-dicucuk bahagian tengahnya. (saya gantikan dgn jus &kulit lemon yg diparut)

1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu

1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk

2 biji cili merah ~ jgn potong

1/4 cawan kismis

Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)


Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.

2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.

3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.

4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.

5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

2 comments:

  1. owh..jd ibu tumpang eh.parents diorg g mano?
    bagus2.untung la panda masok.sdp jh dgr nasi arab tuh..mano gambarnyo?x amik ko?hehe:)

    ReplyDelete
  2. ambik...dah upload, walaupon xsama ngan nasi arab saba, tp masih boleh dimakan..hehehehe

    ReplyDelete