Pages

Thursday, September 15, 2016

Blog suka-suka saja

Hari ni terdetik nak tengok blog yg dah bersawang sudah sekian lama xjenguk-jenguk...ada sorang kawan tegur, tiba2 buka satu blog keluar muka ambo...kihkihkih... adik manis, akak suka-suka je tulis-tulis, celoteh-celoteh, kadang-kadang simpan resepi kat sini...semua untuk hiburan sendiri...kalau orang lain tumpang terhibur..tumpang dapat info...alhamdulillah...hehehe

Akak start blog ni dari nak isi kesunyian tanpa anak...hinggalah sekarang berjaya beranak 2 princess comel-comel...Alhamdulillah..last update 16 June 2013, hmmm lama jugak tu...3 tahun lebih...fokus pada kerjaya, keluarga, rumahtangga akak utamakan...lagipon sekarang akak tengok ramai blogger2 dah xactive bila wujudnya instagram...kan..kan...kan...





Ok lah..ada masa free akak citer pasal baby no 2 akak ye...akak cau dulu... xoxoxo

Sunday, June 16, 2013

ketam telur masin


Assalamualaikummmmmmmm...lama dah xupdate ye...hari2 bukak...tp malas nak menulis...huhuhu

Resepi ni dah lama masak tapi malas cair malas nak menaip...peramkan saja gambarnya sampai terbuka hati jadi rajin...hehehe resepinya simpleTh
 dan sedap..


Bahan2 asas macam kat atas

4 ekor ketam saiz sedang
 (digoreng dgn garam kunyit yang dicampur dengan sedikit tepung beras

Setelah digoreng, ketepikan dulu....

Bahan2 kuah..
2 ulas bawang putih-dicincang
5 biji cili padi-dipotong
2 tangkai daun kari
1/3 tin susu cair
2 biji kuning telur masin
(kuning telur dikukus dulu kemudian di blend dgn susu cair sampai mesra)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedit minyak untuk menumis

Cara2:
Mula2 panaskan 3 sudu minyak + 2 sudu butter
Masukkan bawang putih masak sehingga kekuningan, kemudian masukkan cili api, daun kari, kacau sebentar...
Kemudian masukkan campuran yg telah dikisar (susu + kuning telur masin)
Masukkan air, perasakan dengan garam dan gula...
Akhir sekali masukkan ketam yg telah digoreng tadi...
Kacau sampai sebati rasa ketam dan kuah...dan siappppp...


Saturday, April 20, 2013

Cuti-cuti ke Rumah Peranginan Persekutuan Morib

Assalam...update versi lepas rindu dah habis, sekarang versi cerita basi pulak...hahaha ekceli kami ke Morib ni pada 29-30 March yang lepas...itupon lepas booking RPP Morib ni pada 4 April tahun lepas...(hampir setahun jugak) sebabnya RPP kat mana-mana pon sentiasa fully booked (kena cpt2 booking kalau ada kekosongan). RPP ni untuk penjawat awam je, harga sewa semalam adalah RM 50/sehari bagi rumah berkembar (2 bilik) dan RM 60/sehari bagi banglo 3 bilik. RPP Morib ni reka bentuknya ala-ala chalet di mana ia dilengkapi dengan dapur gas, peti ais, pinggan mangkuk, senduk sudu pisau papan pemotong, rice cooker dan kettle elektrik...kelengkapan memasak semua ada kecuali blender atau lesung batu. barang-barang nak memasak kita kena bawak sendiri lah ye....kat sini juga disediakan tempat untuk ber bbq, kita cuma kena bawak arang dan jaring yang nak digunakan untuk memanggang....

kalau nak bermandi manda ai xcadangkan mandi di pantai yang dekat RPP ni...sila naik kereta dan pergi ke pantai Morib yang terletak kira-kira 2km dari RPP ni....




Friday, April 19, 2013

Rumah Penjawat Awam PPA1M

Assalam.....semalam ada pelancaran rumah penjawat awan PPA1M...so sapa2 yang masih belum beli rumah lagi tu boleh pertimbangkan lah nak beli. walaupun kategori rumah apartment je, tapi rasa macam berbaloi-baloi jugak kalau ambik sebab dekat je dengan tempat kerja. ai nak jugak pohon mana lah tahu rezeki kan...

sebanyak 3 jenis rumah yg ditawarkan iaitu bersaiz 1000sqft, 1200sqft dan 1500 sqft yang berharga antara RM 150k- RM300k. kalau sesiapa yang dah dok kuarters sekarang, untuk makluman rumah yang gred G adalah bersaiz 9++sqft, gred F pula lebih kurang 1200sqft... kalau nak rumah yang lebih luas dari kuarters sekarang, mungkin buleh cuba apply rumah yg saiz 1500sqft tu...

en.Shahrir dah pon dapat beli rumah prima iaitu rumah yg bersaiz 8++sqft dengan harga RM 120k. tapi lepas tu, ada ofismate ai yg dpt tawaran rumah prima setelah ada orang cabut undi yg terpilih terpaksa tolak atas sebab2 tertentu...surat yg dia dpt tu dah di attach pulak dengan perincian bayaran lain yg perlu dibayar setiap bulan iaitu kos untuk maintenance mengikut saiz rumah (kalau rumah saiz 8++sqft tu kena bayar lebih kurang RM 200) manakala untuk parking berbumbung RM 100, tidak berbumbung RM 80. Dengan itu, sekiranya bayaran ansuran bulanan RM 600 (menggunakan loan perumahan kerjaan selama 30tahun), maka ditambah pula dengan RM 300 parking + maintenace jumlah komitment bayaran untuk rumah adalah RM 900! (yang ni untuk kos rumah prima tau)...Kalau rumah saiz besar mungkin lagi banyak kos maintainance yang kena tanggung...maksunyad kalau monthly ambil loan maksimum RM280k (ikut kelayakan) kena bayar monthly sekitar RM1600-1700 dan kena sediakan kos maintainance sekitar RM 500....huhu

So, sebelum membeli dan memilih rumah idaman, eloklah kita congak kemampuan kita untuk membayarnye ye...


Wednesday, April 17, 2013

Edisi Lepas Rindu lagi: Jus Alpukat @ Avacado


Yeszzzz...hari ni makan nasik lemak pagi-pagi, sekarang kenyang lagi...so lunch hour mahu berdampingan dengan diari di talian..hehehe ::modegaloks::

Masa kat Kundasang hari tu, beli buah avacado sekilo dengan harga RM8...dapat lah 5 bijik...kepingin nak buat jus alpukat dan dipping sos nak makan ngan nanchos...dipping sos tu xbuat lagi, so buat jus dulu...

Resepinya senang ajork...
* 2 bijik buah alpukat
* fresh milk secukup rasa
* susu pekat manis sikit
* ais secukup rasa
blend semua bahan kat atas




dah siap sediakan chocolate Hershey yang cair tu buat corak2 kat gelas sikit. kalu takde buat milo pekat2 macam ai...letak la sesuka hatiiii...


tadaaaaaa...dapat 6 gelas macam ni...sekian!!


Tuesday, April 16, 2013

Edisi Lepas Rindu : Cuti-Cuti Sabah 3 Hari 2 Malam




Assalamualaikummmmm.....huhu rindu betul dekat blog yang dah lama xjenguk ni...nak jugak bukak dan tulis sesuatu setiap hari tapi masa tak mengizinkan, tuntutan kerja dan masa untuk keluarga lebih memerlukan perhatian...tapi insyaAllah instagram akan selalu update (nuralham). Dikesempatan masa yang ai curi ini nak share sikit berkenaan dengan cuti-cuti bajet ai ke Sabah atas permintaan seorang teman.

Tiket Air Asia sebenarnya dah lama ai booking, boleh dikatakan hampir setahun masa promo tahun 2012 dulu. Harga tiket untuk 3 orang pergi dan balik hanya RM300.00, ok la kan....Sebulan sebelum pergi pon ai masih xconfirm nak pergi ke tak sbb takut ada komitmen kat tempat kerja. Lepas berdiskus sikit ngan en.Shahrir kami setuju pergi. Masa nak check in online (2 weeks before) baru ai ambil servis lain check in luggange 15 kg/RM25 (pergi dan balik RM 50) dan makan (masa pergi 1 dish dan balik 2 dishes)-ambik sbb takut terlior tengok orang makan nanti...hahahaha total kena tambah RM 86.

12 April 2013
Filght pukul 12.45, disebabkan nak parking kat Bandar Salak Tinggi pukul 10.30 baru keluar dari rumah di Putrajaya. Kat Salak tinggi amik tiket bas ke LCCT RM11 (RM5.50/seorang).

Setelah berperang ngan Maryam dalam flight hampir 2 jam setengah, kami tiba di KKIA hampir pukul 4 petang. Kemudian ambil teksi kat airport ke Warisan Square (Imperial Boutec Hotel) dengan bayaran RM 30. Kenapa kami pilih Imperial Boutec Hotel???? Sebab lokasi hotel ni berdekatan dengan pusat-pusat pelancongan sekitar KK seperti Pasar Filipin, Pasar Kraftangan, Pasar Ikan Masin, Pasar Malam...Semua jalan kaki je..xpayah nak sewa kereta (dah jimat kos hahaha ::dasarkedeks::) Kat bawah, kiri, kanan, belakang hotel ada tempat shopping, kalau xsilap namanya Gaya Centre Shopping Market..Xde masalah kalau nak cari makan kalau xselera dengan makanan tempatan, KFC, McDonalds, PizzaHut, sushi King dll semua ada...tapi bagi yang agak cerewet ai xcadangkan dok kat hotel ni ok...WIFI pon ada sekitar lobi je, kat bilik xdapat WIFI. Kalau nak yang ok sikit, mungkin ai boleh cadangkan ambil Klagan Hotel (sebelah Imperial Boutec jerrrr) Kat IBH ni jugak xde freezer, so sapa-sapa yang nak bawak balik fresh seafood dari KK dinasihatkan check in Klagan Hotel jer la....satu malam kami dah habis tawaf semua tempat yang telah dinyatakan di atas.....huhuhu

13 April 2013
Pukul 8.00 pagi kami dah ambil teksi kat bawah hotel ke Jessellton Jetty dengan bayaran RM 12 (kalu jalan kaki dalam 2KM je) untuk Island Hopping ke Manukan Island & Sapi Island. Ada lagi satu island kami xpergi iaitu Mamutik Island (xtau kenapa xpilih pulau ni). Pakej untuk satu pulau RM 23, Pakej dua pulau RM 35. Kami ambik pakej 2 pulau, sewa jaket untuk mandi (RM10/seorang), google (RM 10) dan tikar (RM5). Seelok-eloknya sewa lah semua benda yang nak guna tu dari jetty sbb kalau sewa kat pulau lagi mahaiii... kos untuk island hopping ke 2 pulau ni adalah RM 105.00 (InsyaAllah berbaloi-baloi dan akan ralat kalau tak pergi tau!!!!) Bertolak dalam pukul 8.45pagi ke Pulau Manukan dan berada kat sana sehingga 12.00tghari kemudian ke pulau sapi dan balik ke Jetty pukul 2pm....dalam masa tu tanpa dirancang kami putuskan nak ambik kereta sewa memandangkan rasa sempat je nak ke Kundasang dan ke kaki Gunung Kinabalu. Kami sewa kereta viva auto sewa dengan wan (no tel 011-12662026) dengan kadar RM 100/sehari (kalau ambik 2-3 hari mungkin boleh dapat RM90/hari). Sementara tunggu wan hantar kereta pukul 3.30ptg, kami jalan2 kat Suria Shopping Centre KK. Lepas isi minyak, pergi beli souvenir kat pasar Filipin...kena pandai tawar menawar, InsyaAllah dapat beli mutiara yg cantik dengan harga sama kat pasar malam.

Pulau Manukan, ayah ngan Yam mandi bawah jambatan

Pulau Sapi

14 April 2013
Kami bertolak lebih kurang pukul 8.00pagi, dari bandar KK ambil jalan menghala ke Tuaran, lepas tu bila nampak je signboard menghala ke Ranau...Tamparuli...terus jeke Kundasang...Sepanjang perjalanan boleh dikatakan setiap 2Km mesti ada gereja..menandakan Sabah ni ramai penganut Kristian....disebabkan xplan pon nak ke Kundasang, kami tersesat sampai ke pekan Ranau...alang-alang teruslah lajak ke Poring Hot Spring, best jugak!! Memandangkan masa terhad, bagi Maryam dan ayah mandi dalam masa sejam je...dalam kawasan ni jugak ada Butterfly farm dan canopy walkway...masing-masing tiket RM3/seorang masuk setiap tempat. Lepas tu kami bergegas ke Desa Cattle Farm (kalau dari Ranau selepas gerai buah2an, roundabout ambil ke kanan macam turun bukit sikit). Sejam kemudian kami ke Kinabalu Park, pergi ke kaki Gunung Kinabalu...Dalam pukul 2.45 kami bertolak balik ke KK....OTW balik tu sempat lagi kami singgah kat rumah terbalik (tiket masuk RM10/orang). Kami sampai ke airport pukul 5.30ptg, ambil masa sikit adjust best supaya xlebih kilo.dalam pukul 6.00 check in bag, makan dan balik flight 7.25mlm....sampai rumah pukul 11 lebih terus pingsan, penatnakmampus tapi puas hatiiiiiiiiiiii...yea!!!!

Batu Penyambut!!!

mula-mula berani, lepas tu takut..huhuhu


Sunday, November 18, 2012

my favourite-donut krispy kreme

masa mula-mula pregnantkan maryam, ai ngidam ni...
uh...sesekali dapat nyaman betoi...