Pages

Saturday, January 15, 2011

nasi mandhy

sebelum ni saya memang suka ke SABA di Cyberjaya untuk menikmati nasi arab, boleh dikatakan tiap2 minggu...tapi sejak saya dah tau nak masak sendiri saya dah tak ke sana..bukan nak cakap setanding nasi arab di SABA, tapi boleh la...ok la, ngaku je la...sedap la jugak....hehehehe
Ayam kena panggang seekor dalam tray, minyak yang keluar dari ayam ni dimasukkan dalam nasi supaya rasa dan nasi cantik berderai...


Bila nak makan, macam ni lah ia dihidangkan~sambal nasi arab dan acar timun&tomato nya

saya suka masak ni sebab xpayah gunakan minyak dan menggoreng, tersangat simple!!!! minggu lepas saja 3 kali saya masak nasi mandhy nih...

Resepi ayam

saya menggunakan resepi untuk ayam menggunakan resepi K'Raidah..sekiranya nak rujuk laman blog beliau, boleh rujuk di sini.

1 ekor ayam-saiz s
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk all spice-ada dijual di supermarket
1 biji lemon ~ 1/2 diambil jus untuk perap dengan ayam dan 1/2 dipotong bulat dibakar dengan ayam
sedikit air
Garam & gula

cara2 membuatnya
1. Campurkan semua bahan rempah
2. Lumurkan pada ayam dan perap 2-3jam dalam peti ais
3. Bakar selama sejam (220 celcius)

resepi nasi pulak

4 pot beras basmati xtra panjang
air secukupnya
2 sudu besar stok ayam maggi
minyak ayam yang dibakar tadi
1/2 biji lemon-kulit disagat dan jusnya dimasukkan ke dalam nasi
bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga
sedikit pewarna kuning/ saffron

Cara2
1. campur semua bahan kecuali pewarna kuning dan masak nasi seperti biasa.
2. bila nasi masak masuk sedikit pewarna kuning dan biarkan diwapkan seketika.
3. Selepas 5 minit kacau nasi supaya warnanya cantik seperti di dalam gambar.


acar timun dan tomato

1 biji timun-dipotong dadu
1 biji tomato-dipotong dadu
sedikit batang ketumbar
2 sudu jus lemon
garam dan gula

campur semua bahan dan sedia dihidangkan

sambal

2 biji lada hijau
2 biji buat tomato
sedikit batang ketumbar
2 sudu jus lemon
garam & gula secukup rasa

campur semua bahan dan blend-jangan terlalu halus.



No comments:

Post a Comment