Pages

Monday, August 16, 2010

Ikan Aye Masak Sambal

Alhamdulillah....hari ni genaplah kita umat Islam sedunia berpuasa selama seminggu....maksudnya lagi 3minggu kita akan beraya!!!! Walaupon sibuk dengan tugasan pejabat, saya sedaya upaya balik on time untuk masak...bukannya apa, malas nak ke Pasar Ramadhan di Presint 2(pengunjung yang terlalu ramai dan menunya tidak memenuhi citarasa). walaupon simple2 aja menu di rumah, tp terasa berbaloi bila semuanya licin...(^_^). Ini adalah menu 6 Ramadhan (16 Ogos) di rumah kami...


Sotong Celup Tepung.....Yummy!!!


Ikan Aye Masak Sambal

Bahan2
3 ekor ikan aye (saiz kecil)-dilumur halia, bwg putih dan garam & digoreng
4 ulas bawang merah -dikisar
2 ulas bawang putih -dikisar
2 sudu cili boh -dikisar
1 inc halia-diracik
1 batang serai -dihiris serong nipis2
sedikit air asam jawa
2 t/s gula
1/2 ts garam
lada hijau dan merah untuk hiasan

cara2
1. Tumis bahan2 kisar sehingga garing.
2. Masukkan halia dan serai yang diracik-masak sebentar
3. Masukkan air asam jawa, garam & gula.
4. Masukkan ikan yang telah digoreng.

Sedia untuk dimakan.............



Taugeh Goreng

No comments:

Post a Comment